Assalamualaikum..
Tahun-tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan ramai lelaki berusia
40-an masih kekal berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin. Kajian
juga menunjukan ramai wanita berusia 30-an juga masih belum mempunyai
pasangan.
Antara sebab situasi ini berlaku ialah ketakutan si wanita untuk
mempercayai si lelaki dan si lelaki pula rasa ragu dan bimbang untuk
memikat wanita. Ramai lelaki melabelkan wanita yang senang ditawan
terutama dengan rupa dan harta. Biarpun wanita sinonim dengan hati yang
rapuh, mudah dipujuk rayu dan terlalu cepat melatah emosi terdapat tips
utama untuk memenangi hati wanita yang mampu berikan kasih sayang yang
ikhlas dan jujur kepada seorang lelaki.
Jadilah Lelaki Sejati
Paling untama anda perlulah menjadi seorang lelaki sejati. Tak
perlu tampil gagah perkasa tetapi sejati idaman wanita ialah anda
berperwatakan menarik, sedap mata memandang, senang bergaul dan pandai
mengambil hati. Bukan dengan selalu memuji dan bukan juga tak boleh
mengeji tetapi berpada-pada.
Sejati idaman wanita juga bermaksud anda mampu menjadi ketua,
bukan mengarah itu ini sebaliknya ketua yang mampu melindungi. Wanita
juga ingin didominasi oleh lelaki, bukan wanita yang perlu tentukan
segala keputusan sehari-hari tetapi didominasi lelaki bukabn sampai hak
wanita untuk bersuara dikesampingkan.
Lantaran, lelaki sejati idaman wanita ialah mampu bertoleransi,
bersikap terbuka dan boleh menerima pendapat dan saranan daripada wanita
juga.
Jangan Berdusta
Bukan sahaja lelaki, wanita juga tidak suka ditipu dan didusta.
Ramai lelaki bersikap menipu tanpa niat atau ayat lebih hormat berbohong
sunat. Elakkan bohong sunat ini tetapi secara berhikmah ucapkanlah
kebenaran. Biar kenyataan itu terlalu pahit nyatakanlah kerana wanita
boleh memaafkan kesilapan dan ketelanjuran tetapi takkan mudah menerima
dan memaafkan sebuah penipuan dan pendustaan. Lantas wahai lelaki,
sentiasalah amalkan sikap jujur dan berterus terang.
Dalam hubungan perkahwinan ramai suami yang tidak mengambil berat
isu berkata benar ini. Ramai yang memegang prinsip daripada katakan yang
benar boleh melukakan hati, biarlah berbohong sedikit. Masalah akan
jadi lebih besar bila isteri mengetahui tentang pembohongan tersebut.
Isteri sukar terima penipuan untuk menjaga hati sebab isteri percaya ;
jika suami benar ikhlas dan sayang; suami perlu berterus terang.
Ambil Berat dan Prihatin
Wanita akan mengetepikan rupa, pangkat atau harta sekiranya
bertemu lelaki yang menganbil berat dan prihatin terhadap dirinya.
Keprihatinan seorang lelaki akan membuat wanita rasa diri dihargai.
Ambil berat tentang kesihatannya, emosinya, ujian kehidupannya,
perkara kegemarannya malah cerita-cerita kelakarnya. Dia tak perlukan
nasihat bagai seorang kaunselor tetapi memadailah anda meluangkan
sedikit masa untuk mendengar luahan hatinya.
Wanita ideal tidak mendambakan hadiah berharga tetapi memadailah
apabila hari-hari penting dalam hidupnya diingati. Ingatan anda cukup
membuktikan anda mengambil berat dan prihatin.
Komunikasi Unggul
Wanita ingin sentiasa didampingi, bukan berdampingan daripada
aspek fizikal semata-mata tetapi dampingi wanita secara emosi. Sentiasa
bertanya khabar dan jangan biarkan dirinya tertunggu-tunggu jawapan
khabar dari anda. Penantian tanpa sebarang maklum balas daripada lelaki
boleh membuatkan wanita beranggapan dirinya tidak diperlukan lagi.
Komunikasi unggul yang perlu dipraktikkan sebagai jaminan hati
wanita ditakluki ialah wujudkan komunikasi tanpa batas. Seringlah
berhubung walau sekadar satu mesej ringkas.
Wanita suka dimanja tetapi bukan terlalu dimanjakan. Wanita suka
diberikan kepercayaan dan kebebasan tetapi berpada-pada. Kepercayaan dan
kebebasan tanpa batas boleh membuatkan wanita merasakan dirinya tidak
diperlukan.
Terima Dia Seadanya
Wanita sanggup melakukan apa saja atas nama cinta. Paling penting,
terima dia seadanya. Jika ada kekurangan dirinya yang boleh diubah,
lafazkan dengan penuh hikmah bukan mencerca tetapi sebagai mendidik
kearah yang lebih baik.
Wanita sanggup berusaha sedaya upaya jika anda boleh menerima
dirinya seadanyta dan lakukan sikit perubahan demi kebaikan bersama.
Wanita tidak suka dibandingkan dengan wanita lain. Lantas, dalam usaha
mendidik, jangan bandingkan dia dengan orang lain walau dengan ibu atau
saudaranya sendiri.
Jika anda sanggup menerima wanita pilihan anda seadanya, anda akan
jadi manusia paling bahagia dalam menjalani kehidupan ini, InysaAllah.
Tuesday, 23 April 2013
Home »
» 5 Cara Menambat Cinta Wanita
5 Cara Menambat Cinta Wanita
Related Posts:
Mengatasi si Kecil yang Terus Menangis Anak bukan miniatur orang dewasa. Menghadapinya diperlukan kesabaran dan toleransi yang tinggi. Kita tidak bisa memaksakan keinginan pada anak. Dunia anak berbeda dengan dunia orang dewasa. Dunia anak adalah dunia b… Read More
EVENT ke 3 KEIRA PHOTOCONTEST LOMBA FOTO BAYI DAN BALITA 2013Event ke 3 Keira Photocontest Normal 0 false false false IN X-NONE X-NONE … Read More
EVENT ke 2 KEIRA Photocontest "Wajah Sedihku" Salam Hangat bunda dan ayah... Yuk ikutan dengan BP awal dan Ongkir untuk pemenangnya... Sebagian Macam Piala Hadiah Juara Umum Macam warna (Bisa memilih selama persediaan masih ada) Berikut Syara… Read More
6 Keajaiban berani bermimpi besar! Reporter : Vizcardine Audinovic Selasa, 16 April 2013 13:22:00 6 Keajaiban berani bermimpi besar! Kategori Gaya Karir Berita tag terkait 6 Cara si introvert raih kesuksesan di tempat kerja Kebiasaan wanita yang tidak bisa … Read More
Izinkan Anak Menunjukkan Ekspresi Marah Perasaan marah pada anak harus disalurkan dengan cara-cara yang bisa diterima, bukan dengan cara kasar seperti membanting, berteriak, berkata kasar. Karena itu, penting bagi anak untuk dapat mengendalikan diri. Si kecil … Read More
0 comments:
Post a Comment