Tuesday, 23 April 2013

5 Cara Menambat Cinta Wanita

Assalamualaikum..


Tahun-tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan ramai lelaki berusia 40-an masih kekal berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin. Kajian juga menunjukan ramai wanita berusia 30-an juga masih belum mempunyai pasangan.

Antara sebab situasi ini berlaku ialah ketakutan si wanita untuk mempercayai si lelaki dan si lelaki pula rasa ragu dan bimbang untuk memikat wanita. Ramai lelaki melabelkan wanita yang senang ditawan terutama dengan rupa dan harta. Biarpun wanita sinonim dengan hati yang rapuh, mudah dipujuk rayu dan terlalu cepat melatah emosi terdapat tips utama untuk memenangi hati wanita yang mampu berikan kasih sayang yang ikhlas dan jujur kepada seorang lelaki.

Jadilah Lelaki Sejati
     Paling untama anda perlulah menjadi seorang lelaki sejati. Tak perlu tampil gagah perkasa tetapi sejati idaman wanita ialah anda berperwatakan menarik, sedap mata memandang, senang bergaul dan pandai mengambil hati. Bukan dengan selalu memuji dan bukan juga tak boleh mengeji tetapi berpada-pada.
      Sejati idaman wanita juga bermaksud anda mampu menjadi ketua, bukan mengarah itu ini sebaliknya ketua yang mampu melindungi. Wanita juga ingin didominasi oleh lelaki, bukan wanita yang perlu tentukan segala keputusan sehari-hari tetapi didominasi lelaki bukabn sampai hak wanita untuk bersuara dikesampingkan.
      Lantaran, lelaki sejati idaman wanita ialah mampu bertoleransi, bersikap terbuka dan boleh menerima pendapat dan saranan daripada wanita juga.

Jangan Berdusta
      Bukan sahaja lelaki, wanita juga tidak suka ditipu dan didusta. Ramai lelaki bersikap menipu tanpa niat atau ayat lebih hormat berbohong sunat. Elakkan bohong sunat ini tetapi secara berhikmah ucapkanlah kebenaran. Biar kenyataan itu terlalu pahit nyatakanlah kerana wanita boleh memaafkan kesilapan dan ketelanjuran tetapi takkan mudah menerima dan memaafkan sebuah penipuan dan pendustaan. Lantas wahai lelaki, sentiasalah amalkan sikap jujur dan berterus terang.
      Dalam hubungan perkahwinan ramai suami yang tidak mengambil berat isu berkata benar ini. Ramai yang memegang prinsip daripada katakan yang benar boleh melukakan hati, biarlah berbohong sedikit. Masalah akan jadi lebih besar bila isteri mengetahui tentang pembohongan tersebut. Isteri sukar terima penipuan untuk menjaga hati sebab isteri percaya ; jika suami benar ikhlas dan sayang; suami perlu berterus terang.

Ambil Berat dan Prihatin
      Wanita akan mengetepikan rupa, pangkat atau harta sekiranya bertemu lelaki yang menganbil berat dan prihatin terhadap dirinya. Keprihatinan seorang lelaki akan membuat wanita rasa diri dihargai.
      Ambil berat tentang kesihatannya, emosinya, ujian kehidupannya, perkara kegemarannya malah cerita-cerita kelakarnya. Dia tak perlukan nasihat bagai seorang kaunselor tetapi memadailah anda meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan hatinya.
      Wanita ideal tidak mendambakan hadiah berharga tetapi memadailah apabila hari-hari penting dalam hidupnya diingati. Ingatan anda cukup membuktikan anda mengambil berat dan prihatin.

Komunikasi Unggul
      Wanita ingin sentiasa didampingi, bukan berdampingan daripada aspek fizikal semata-mata tetapi dampingi wanita secara emosi. Sentiasa bertanya khabar dan jangan biarkan dirinya tertunggu-tunggu jawapan khabar dari anda. Penantian tanpa sebarang maklum balas daripada lelaki boleh membuatkan wanita beranggapan dirinya tidak diperlukan lagi.
      Komunikasi unggul yang perlu dipraktikkan sebagai jaminan hati wanita ditakluki ialah wujudkan komunikasi tanpa batas. Seringlah berhubung walau sekadar satu mesej ringkas.
      Wanita suka dimanja tetapi bukan terlalu dimanjakan. Wanita suka diberikan kepercayaan dan kebebasan tetapi berpada-pada. Kepercayaan dan kebebasan tanpa batas boleh membuatkan wanita merasakan dirinya tidak diperlukan.

Terima Dia Seadanya
      Wanita sanggup melakukan apa saja atas nama cinta. Paling penting, terima dia seadanya. Jika ada kekurangan dirinya yang boleh diubah, lafazkan dengan penuh hikmah bukan mencerca tetapi sebagai mendidik kearah yang lebih baik.
      Wanita sanggup berusaha sedaya upaya jika anda boleh menerima dirinya seadanyta dan lakukan sikit perubahan demi kebaikan bersama. Wanita tidak suka dibandingkan dengan wanita lain. Lantas, dalam usaha mendidik, jangan bandingkan dia dengan orang lain walau dengan ibu atau saudaranya sendiri.
      Jika anda sanggup menerima wanita pilihan anda seadanya, anda akan jadi manusia paling bahagia dalam menjalani kehidupan ini, InysaAllah.

0 comments:

Post a Comment